Pages

Thursday, March 24, 2011

To be a Doctor???..




Wwwwaaaaaaaaaaaaaaaa…jadi doctor dowwhhh..memang famous la saper jadi doctor ni..pastu kaya giler ah ko kalau jadi doctor… sebelum aku nak membebel pasal benda alah ni…aku nak tanyer korang semua.. “mana famousnyer jadi doctor and kat maner kaya nyer jadi doctor???”…(tolong jawab through comment) cz aku pun nak tahu seikhlasnyer…


Ikhlas aku cakap..doktor is not my first aim..hehe…


Bagi aku saper yang ambik course medic because nak kaya and nak famous,memang terlalu bodoh cz tersalah ambik course pengajian..kalau korang nak kaya,naper tak ambik petroleum engineering and kerja ngan Petronas ke @ ambik business administration then buat business??…lagi kaya kalau korang kerja semata-mata nak duit….


Ingat lah!!! Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah walaupun wang berjaya diperolehi.Sekarang ni, memang sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh aku katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang aku maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang.



From my view kenaper doctor is not my first choice???


1) Memang tak dinafikan study doctor memang teruk giler..study terumbang- ambing..terlalu rushing macam biawak lari terkejut..for me aku tak tahan study camni…tapi itu bukan lah subject utama cz study aper22 pun susah….usaha kita yang menentukan segala-galanyer.


2) Bila dah kerja nanti,aku fikirkan masa untuk family aku…memang kerja doctor,aku tak ada masa untuk mereka…yes,memang betul doctor kerja mulia kerana menolong orang..tapi aku nak tanyer, beraper ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, seseorang doctor bukanlah manusia pertama yang boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa mereka tetapi doctor lain dulu yang merawat ibu bapa mereka. Betul tak??Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, “profesionalisma”. Kepala hotak hang professional kalau abaikan ibu bapak..


3) Bagi aku,anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari tatkala bapa dan ibu diorang doctor sibuk di hospital.so,NILAI KASIH SAYANG ibu bapa beralih arah kepada “BIBIK” yang semata-mata buat kerja untuk daptkan duit..bukan kerana NILAI KASIH SAYANG Untuk bekerja dengan gaji RM30,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM30K itu? Memadai ke hancurnya rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak terabai??…jangan korang tak tahu bila seseorang anak yang mewah dengan nilai material begitu gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya sangat tendency untuk melakukan maksiat ..kenapa plak camtue due???korang nak tahu cz diorang lebih tendency untuk disayangi..bercouple dan sebagainyer cz pasangan lelaki diorang memberi sesuatu yang tidak diperolehi mereka di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN. Oh my God..what the value of 30K salary if your children terabai????..


4) Yang paling penting bagi aku…Aku takut terlalu sibuk ngan on call,hubungan aku ngan Maha Pencipta terabai dan aku takut terlalu sibuk ngan kerja aku tak sempat untuk buat amal…aku tak cakap aku alim ..itu paling aku takut dalam hidup aku cz seperti aku cakap sebelum ni,hidup ini hanyer sementara n akhirat jugak yang kekal abadi..aper yang kita buat kat atas muka bumi ni akan di hisap walau sebesar zarah..(YA ALLAH,jangan lalaikan diri ku kerana kesibukan dunia,jangan jauhkan aku dari RAHMATMU kerana kemewahan sementara)…



Niat aku membebel pasal benda ni cz bukan lah nak menjatuhkan semangat student kat luar sana yang nak ambik medic @ mem perlekehkan kerja seseorang doctor cz aku juga pelajar perubatan..tetapi aku mahu diaorang lebih kuat n tetapkan niat dalam hati untuk jadi sesuatu tak kira lah doctor ke,engineer ker, accountant ker..jangan tengok sesuatu pekerjaan itu kerana kebendaan tetapi tengok lah and niatlah dalam hati bahawa pekerjaan itu satu ibadah…(kan pahala pun dapat)...hehehehe….



Lagi pun aku conteng benda alah ni kat bloq aku cz sekarang musim result SPM kuar n time ni sibuk bebudak nak apply kos yang ditawarkan kat IPT…aku just nak cakap kat adik aku si amir Mario n junior22 sekolah aku bahawa,jgn kita melulu pilih something tanpa tak tahu paper tentang aper yang kita pilih cz kita akan menyesal dengan pilihan kita di kemudian hari…pilih sesuatu berdasarkan kemahuan..bukan berdasarkan kehendak…pilihan ini mestilah berpandukan kebolehan diri kita…kalau kita yakin kita mampu study dalam tough course..kuatkan hati untuk terus melangkah dengan cemerlang..tapi kalau kita tak yakin kita mampu bawa @ study kos yang kita tak suka…dikhuatiri takut terkandas di depan hari..



Last word from me….buat yang terbaik untuk hidup,jangan terlalu fikir pasal kebendaan sangat.kalau belu nak jadi doktor,iktikad dalam hati betul2 i want to be a doctor,jgn main2..yang cemerlang teruskan kecemerlangan di hari muka..yang gagal,jangan sedih kerana kegagalan merupakan batu lonjatan kearah yang lebih cemerlang…seperti yang aku sentiasa mention…kegagalan n kejayaan merupakan satu ujian bagi kita dalam hidup ini untuk lebih kuat dalam menghadapi saingan hidup..GUD LAK all….

Result SPM….PART 2…

Wwwaaa…tak habis lagi nak citer pasal result SPM ni kan..hehe….sambil layan lagu jiwang aku mula conteng pasal aper yang patut budak22 yang baru dapat result SPM ni patut buat dalam bab part 2 nie..

Sebelum aku membebel panjang lebar…yang bebudak lepasan SPM nie,korang jangan down sangat yer yang maner gagal tue,yang maner cemerlang tue,korang kena bijak buat pilihan untuk mengambil tempat kat higher learning centre nanti n kena pandai cari peluang untuk dapatkan biasiswa..hehehe…korang kena kuat kan semangat untuk terus menyambung pengajian di tahap tertinggi,sekarang nie dah tak de alasan untuk tidak sambung belajar…semua kerajan akan tanggung,biasiswa ada,loan PiTisPTN atau pun nama lain nyer PTPTN pun ada..syarat nak @ tak nak jer…hehe..tapi kan korang pikir la dalam2 ape yang aku nak bagi tahu korang ni yer…sekarang nie berlambak budak2 lulusan university yang pegang diploma n ijazah dalam n luar Negara yang menganggur n still cari kerja…kalau korang tak nak sambung belajar,aku tak tahu lah aper yang patut aku cakap cz sekarang ni semua ikut meritokrasi(saper yang lebih akan dipilih),kalau setakat SPM dah nak keje,memang masa depan korang gelap la,agaknyer pekerja ECONJAYA Bandar MACHANG pun sikit lagi nak kena interview n nak kena ada diploma untuk penjaga store,untuk yang jaga kaunter bayaran nak kena ada ijazah..hehhee…korang fikir la yer cz korang pun tak de masalah melibatkan pemikiran ni yer..hehehe…

Jalan22 yang korang boleh sambung pengajian lepasan SPM:

1)International Program

dalam program ni biasanyer student22 terpilih jer yang ditawarkan tempat untuk study dalam aliran nie..biasanyer student dapat grade 8A keatas dengan semua required yang ditetapkan.

program yang ditawarkan :

-A-level Cambridge,A-level German, AUSMAT(Australian matriculation),SAM(south autralian matriculation),IB(international bachaulerate).foundation to oversea such as to middle east for medicine n dentistry,foundation to korea n japan for engineering and so on.

Cara nak apply:

-Boleh bukak laman Wweb JPA di www.jpa.gov.my @ kat web site MARA di www.mara.gov.my @ kornag bulih jugok apply private institution seperti SHELL,PETRONAS,SIMEBARDY,PROTON n so on..

2)pusat asasi/tamhidi

pusat asasi ni banyak menawarkan program2 untuk budak22 SPM..biasanyer pusat asasi n tamhidi USIM merupakan foundation persediaan untuk ijazah di university yang menawarkan program tersebut,korang boleh jugok apply for other university after finish study at asasi nie…

Program yang ditawarkan:

-asasi science uitm,asasi tesl UiTm,asasi UIAM(banyak asasi yang ditawarkan UIA),PASUM(pusat asasi University Malaya),tamhidi perubatan USIM,tamhidi science USIM and so on..

Cara nak apply:

You all kena beli no pin UPU di BSN and log in kat web site MOHE di www.mohe.gov.my..semua requirement and kos telah disediakan..

3)matrikulasi/foundation

wwwaa..matrikulasi @ oram putis nyer dipanggil matriculation..hehee..kalau dangar pusat matrikulasi ni,menag budak22 phobia kan..aku pun tka tahu kenapa..hehe..tak de orang mati lagi bila study kat sini..hehe..mungkin system pembelajran nyer yang korang jadi takut kot..hehe….kornag kena struggle la kalau duk matrik @ foundation kat private university..

Program yang ditawarkan:

-matikulasi sains hayat ni untuk kearah science hafalan la macam doctor,pergigian and all about science (yang ambik bio,kimia,math),matrikulasi sains fizikal ni untuk kearah enginering(yang ambik fizik,kimia,math) and matrikulasi akuan ni untuk akauntan @ related about calculation(math,economy,akaun).

- tapi untuk private university, they have own foundation seperti foundation in medical science,engineering,law,account.

Cara nak apply:

-Untuk matrikulasi,kena ada pin number..biasa nyer telah diuruskan oleh pihak sekolah..

-Untuk foundation private university,kornag boleh bukak web site university yang korang nak apply tue..than ask them…hehee(biasanyer kena guna duit banyak n duit sendiri)..hehe

4)diploma

Diploma ni banyak la ditawarkan untuk lepasan sekolah @ SPM ni..banyak giler ah university yang menawarkan program diploma ni..lepas diploma kornag boleh sambung degree ..hehe.

Program yang ditawarkan:

- Terlalu banyak program yang ditawarkan di public university and also provate university..kalau aku nak mention kat sini agaknyer setahun untuk listkan kos yang dtawarkan..seperti di UiTM,Utem and so on la..hehehe

Cara nak apply:

-public university kornag kena beli no pin kat BSN and korang search kat laman web MOHE kat www.mohe.gov.my and kornag boleh pih kat situ.

-private university plak kornag boleh serch kat web site university yang korang nak g tue n kornag kena ingat yang private university biasanyer berniaga,so be CAREFULL dengan akreditasi program..hehee

5)SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

Suruhanaya perhidmatan awan jugak tawarkan kos untuk pelajar lepasan SPM untuk jadi pegawai pelatih diorang sepeti penolong perawai juru makmal perubatan,juru X-ray and so on la..biasanyer kornag kena isis boring secara online then kornag akan adi interview..dapat ke @ tak dapt korang bergantung pada interview tersebut..hehe..biasanyer tempoh pengajian 3 tahun and dalam tempoh pengajian tersebut,korang akan di beri elaun bulan22 sebanyak rm600 kot..pastu lepas korang habis study,kornag akan berkerja ngan kerajaan nad contract selama 8 tahun kot..hehehe…bagus nyer kornag belajr ditanggung and dapat elaun tapi sekiranyer kornag terkandas dalm pengajian kornag kena bayar balik ler..hehehe…tapi senang jer nak lulus…hehe

Cara nak apply:

-korang kena masuk web site suruhanjaya perkhidmatan awan ..kalau tak tahu,sila search kat “yahoo search” then dari situe korang akan dapat ler..hehe…gud lak

6)Maktab@ institute perguruan Malaysia

Maktab ni almaklum lagi bersuluh la yer..semua student kat sini study to become a teacher..hehe..tak de kos yang ditawarkan untuk perubatan ,pharmacy,engginering and hospitality…just kos untuk nak jadi cikgu..hehe..sekrnag ni maktab @ ipg telah diselaraskan seluruh Negara ..semua peringkat ijazah yang telah ditawarkan di sini,dah tak de diploma dah…duration of study adalah 5 tahun..hehee…specialnyer kt sini,macam SPA la…korang study jer..elaun korang dapat, yuran tka yah bayar..lepas tue kerja under KPM(kementerian pelajaran Malaysia)..aku kalau aku tka jadi penebuk anda pembelah badan manusia,aku dah lama ambik kos nie..heheh…

Cara nak apply:

Kornag boleh beli no pin maktab kat BSN..heheeh..patu amsuk dalam laman web KPM(kementerian pelajaran Malaysia)..

7)form 6

Selalu orang pandang lekeh kan bila masuk form 6…memang orang yang memperlekehkan orang dalam menuntut ilmu ni memang orang bodoh nama nyer…saper kata form 6 tue lekeh n cap ayam dalam tin???tolong cakap kat aku..aku nak balon ngan selipar jepun..form 6 ni sangat bermakna and sangat bagus sebenarnyer cz sebelum you masuk ijazah lepas form 6 you was learned everything (orang cakap la,cz aku bukan dari form 6)..hhheeh…tapi kan tak kisah la masuk form 6 ker diploma ke maner ker…asalkan cita-cita kita tercapai…hehehe…

Cara nak apply:

Go straighly to school yang nak sambung STPM tue..hehehe…

Korang fikir la korang nak pilih aper ..that’s why aku cakap kat korang awal22 tadi..tak de sebab tak nak smbung study.semua dah ada depan mata..korang je yang kena decide ..orang cakap “tepuk dada tanyer iman”..hehehe..

Result SPM …PART 1…

Mok teh mek bu yang lurus macam pembaris:Tetiba jer ko ni due keluar pasal result SPM plak..naper nak repeat SPM ka???...

Due si budak pintar: pala hotak ko mek bu…aku dah nak padat degree,wat per nak repeat SPM plak…

Mok teh mek bu yang lurus macam pembaris: la camtue ker..aku ingatkan ko nak ambik SPM balik.

Due si budak pintar: tu la hang,jangan gelojoh mengiakan sesuatu…Tanya dulu orang yer..hehe..

……………………………………………………………………..

Wwwwwaaaa…lega rasa si budak22 yang lahir tahun 1993 nie..ye la SPM punyer result dah di release semalam…tahniah dari aku untuk seluruh student yang ambik SPM tahun 2010 ecpecially adik aku si amir Mario and junior22 aku SMKA Wataniah mace…biasa la,aku sebagai senior korang,aku dah melalui saat2 yang mendebarkan bila hari pengumuman SPM kan…lepas je dapat result,ada yang menangis,ada yang suka,ada yang ajak lepak ..macam2 ragam la…bagi aku la kan…buat aper nak nangis cz kalau kita nangis pun begitu jugak result kita,kalau tak nangis pun gitue jugak la yang kita dapat.baik tak yah nangis...hehehehe…pengajaran buat adik aku si amir cz bahasa arab dia dapat “EEEEEEE”(abg mu cakap E boleh buat tuggul pagar cz straight..hahaha)..

Nasihat aku untuk korang semua:

1) Jangan korang bersedih sekiranyer korang dapt result yang tak disangkakan…tak per,mungkin itu adalah ujian untuk korang untuk lebih mentabahkan diri korang di kemudian hari…jangan sedih22 yer..perjalanan menuntut ilmu masih jauh nun di hadapan..ada lagi peluang untuk kita tebus kegagalan…korang jagan ingat gagal itu tak dapat paper…kalau korang ingat gagal itu tak dapat paper,memang korang silap cz kegagalan merupakan batu lonjatan kearah yang lebih baik…at least korang akan ambik ikhtibar dan pengajaran untuk lebih Berjaya …

2) Untuk yang Berjaya capai target korang,aku ucapkan tahniah untuk korang semua..jangan nak berlagak degan aper yang korang dapt cz kejayaan yang dikecapi bukan untuk selama-lamanyer…kadang2 kita diatas tapi kadang2 kita di bawah….jangan nak eksyen ornag cakap..mentang22 dapat result tinggi sikit dari kawan yang lain,dah tak ingat kawan dah…teruskan kejayaan mu untuk hari mendatang kerana banyak lagi exam yang lagi penting di depan sana…

Conclusion nyer…korang perlu n patut Bersyukur dengan aper yang korang dapat..gagal ke,padat aper yang diingini ker,tak lepas target ker, tak lepas sasaran ker,yang penting korang kena bersyukur cz ALLAH dah bagi tahu kat kita siap2 “bersyukurlah kamu diatas nikmatku,barang sesiapa yang bersyukur,akan KU tambah nikmatnyer tetapi barang sesiapa yang tidak bersyukur diatas nikmatKU,nescaya azabKU sangatlah pedih n dasyat”…….

TAHNIAH kepada yang cemerlang,yang kurang berjaya tak bererti tidak cemerlang,kerana dirimu telah usaha sebaik mungkin dah..teruskan kejayaan mu..bagi aku,yang gagal biasanyer lebih cemerlang dari yang berjaya kerana mereka lebih tabah dalam menghadapi ujian hidup…hehhehe…

Sambung part 2…….part 2 nanti aku akan bagi tips camner nak buat pilihan kat UPU..hehehe…

Wednesday, March 23, 2011

Congratulation my little brother…




Wwwaaa…jam sekarang dah pukul 4.45 pagi waktu di Patterson Street Singgapore..uuhhh…mata agak ngantuk lepas merayap jadi burung hantu kat bandaraya tercanggih di Asia..tapi aku gagah kan jugak bukak mata aku yang dah macam mata masuk habuk ni untuk menconteng kat bloq aku ni semata-mata untuk mengucapkan ucapan tahniah untuk adik aku yang “poyo giler” sorang ni …hehehe…tadi aku got calling from my adopted daddy and he inform to me about result si budak “poyo” sorang nie..hohoho…(nasib baik abah call,kalau aku call,pokai credit aku..huhuh…mahal nak mampus..)

By the way ,first of all TAHNIAH dari abe mu ini untuk 8A result yang tercatat dalam transcript slip SPM yang diambil ari ni ..hehehe..(tak leh challenge lagi ni..huhuhu)..abe tahu adik dah buat yang terbaik dah untuk jadi yang terbaik…even you get below than 5A,I still proud of you cz abe tahu,you was try the best for your SPM exam….

Percaya lah wahai adikku..perjalanan mencari ilmu dalam hidupmu still jauh dihadapan..bagi ku,kecekalan dalam menuntut ilmu itu sangat di perlukan dalam seseorang pelajar…ada kala kita gembira dengan pencapaian kita,tapi ada kala kita kecewa dengan usaha kita…tapi percayalah bahawa kegagalan dan kejayaan seseorang merupakan ujian untuk menghadapi hari2 mendatang….for me sebagai abang,I want to see all my youngest success dalam hidup di dunia n akhirat jua..kejayaan yang sebenar adalah kejayaan dalam agama,tak guna kita bijak,tapi agama kita tergadai….so,jgan tinggal solat yer,subuh jangan lewat22(bukan subuh jer,semua waktu yer),respect our parent, good relation to others and good in behavior also your attitude..hehehehe..

So,sekarang ni..waiting for enter higher learning centre after this…abe try to apply for international program to oversea for you…Welcome to higher learning centre and become a university student that called as MAHASISWA (no more baju putih,seluar putih and ber “tie” lencana sekolah yer)..hehehe.…oh ya...before finish my word..don’t worry, i brought something prize for your successful SPM result from Singapore special for you my little brother si amir Mario(main game Mario jer banyak)..i will give to you when I come back home yer..hehe.. sent my regard to umi,abah and all..miss you all a lot..(ngantuk22 pun panjang jugak aku karang benda alah ni.hehehe)



your brother

-ridzuan-
5.15 a.m…Orchard Street,Singapore.

Wednesday, March 16, 2011

Variasi suka-duka hidup ku…..


Yeaahhh Alhamdulillah…sekarang dah 21 tahun aku hidup kat dunia yang penuh ngan suka n duka…ko bayangkan,dalam 21 tahun tak terkira banyaknye benda yang berlaku..dari segi physical ,mental and position kehidupan aku..n aku percaya…korang pun sama kan??…

Time kecik2:

Bila aku tanyer je my mummy,aku kecik22 dulu mesti budak baik kan???budak bagus,budak dengar kata…mummy aku belum lagi jawab,dah ada dah orang volunteer yang tolong jawabkan..siapa lagi kalau tak si akak n abang aku yg sentiasa berdengki ngan aku terus kata… “ko la adik aku yang paling susah nak jaga”..suruh hisap susu botol,ko menangis,suruh tido atas tilam nak tido dalam buai”..hahahaha…ye la korang bagi susu botol buat per..aku nak susu dada fresh..heheheh…comfirm aku tak nangis…hahhaa…

Benda paling aku suka: Kecik22 dulu, benda paling aku obsess dalam hidup aku adalah si cartoon mickey mouse n Minnie mouse..aku suka kat telinga dia yang besar…haha..orang yang aku sentiasa suruh lukis cartoon tu tak lain n tak bukan si akak aku (kak Lah ) n my cousin aku (kak Tikah tembam)…naik meluat n cemuh kot diorang,setiap 5 minit aku suruh lukis cartoon tue..hahaha…tak per22 asah bakat seni orang kata..ahaha..

Benda paling aku tak suka: aku kalau korang nak tahu,memang baby face giler ah(sekarang pun still lagi baby face)..hahhaa..memang aku cute time kecik22 dulu(jangan korang jelous,rezeki orang cakap)..haha..disebabkan aku ni cute,saper22 jer datang umah aku,mesti diorang picit aku punyer pipi..benda ni la paling aku geram n benci dalam hidup aku.ahahhaa..(high demand).hahaa..kalau ye pun aku cute,ambik la gamabr ker,bawak aku g jalan22 ker..hahah.ni tak,pipi aku yang chubby jugak yang kornag nak picit.haha…

Time sekolah rendah:

Benda yang paling aku suka: Aku masa kecik22 dulu, aku tinggal ngan nenek n datuk aku (ore kelate panggil tok n tok cek) and aunty aku yang paling aku sayang ( mok su Bong)..hehe…aku boleh berbangga cz aku lah satu-satu nyer cucu dari berpuluh22 cucu nenek aku yang tinggal bersama mereka…aper yang aku nak,semua dapat..time bukak sekolah jer, arwah tok cek aku lah yang paling sibuk tentang baju sekolah aku…(really miss him a lot)..yang aku,main je tahu…aper yang aku nak makan ke,nak pakai ke,nak g maner22 pun..aku akan dapat semua...hehehe..

Benda yang paling aku tak suka: time sekolah rendah la paling happening dalam hidup aku..time bermain ngan kawan ,time jalan22 round kampung, time bersuka-ria ngan kawan22 satu sekolah..time ni la waktu kemuncak semua itu..tapi time ni jugak la sentiasa kena hentam ngan cikgu22 cz asyik main jer tahu..kerja sekolah habuk pun tak buat…cikgu plak punye la tak spoting,dah tahu kita orang ni suka jalan22 cz budak22,jangan la bagi kerja sekolah berlambak22…sajer je nak menghukum kita..arrggghhh geram betui…






Time sekolah menengah

Benda paling aku suka: hahaha..time sekolah menengah ni orang cakap,student makin matang,makin berketerampilan disebab kan hormone kematangan meningkat..hahaa..bagi aku,itu hanya teori saje,kalau ikutkan practical nyer…time ni aku tak matang pun lagi..suka enjoy jer memanjang..haha..time ni paling best bila aku duk asrama,kebetulan plak aku ketua dorm..kena jaga bebudak junior…memang happening ah..everything nak mintak tolong,semua budak22 yang tolong buatkan….less working,less moving..hahaha…pastu plak,time form 4 n form 5,kita orang ikut kepala otak kita orang jer..rule n regulation hostel kita orang ignore jer..haha..cikgu disiplin sekolah pun macam dah tawar hati nak pukul kita ornag…kalau di kena kan tindakan disiplin rotan n sebat..agaknyer kita orang ni tiap22 hari kena sebat kot..selalu jer buat masalah..haha..(tanks credit to cikgu JUKA and warden hostel cz jaga aku).hehehe

Benda yang paling aku tak suka: adus..time sekolah menengah dulu…peraturan nyer ketat giler….leceh giler ah…setiap waktu ada je pakaian khusus..kalau time prep(preparation class) ada pakaian prep,kalau time duk masjid (ada pakaian khusus masjid),semua kena seragam…adui…jiwa aku kacau time nie..kelas prep la paling aku tak suka…selalu je kena halau pegi kelas..waktu prep untuk sesi petang pukul 3.45 hingga pukul 5 and sesi malam plak start pukul 9-11.30 malam tiap22 hari….tapi itu tak de la paling hairan sangat cz aku sentiasa je tido kat hostel time prep..tutup lampu n tido nyenyak…bila warden hostel naik check..aku kata la aku ni sakit @ buat spot-check budak ponteng...hahaha..









Time foundation

Benda paling aku suka: time ni first time aku di terima masuk ke tempat pengajian yang agak bebas tapi terkongkong..macam mana tue???bebas tapi terkongkong…bebas aper yang kita nak buat …tak de lah leceh macam budak22 sekolah..kita bebas nak gi kelas @ tak ,bebas nak pakai baju aper time ke kelas..tapi agak terkongkong cz aku kena ikut policy pihak penaja aku (MARA)..kolej mara memang best giler…kebetulan aku plak dapat kawan sekelas semua satu kepala ngan aku..haha..memang best ah..time foundation dulu,budak laki just 10 orang jer termasuk aku dari 60 student…memang tak pelik kalau foundation medic budak laki kurang…so time tue la aku n geng2 laki yang lain ambik kesempatan..nota,tutorial,lab report, kerja umah,assignment semua copy n paste dari budak22 pompuan yang rajin n skema..hahaa..memang happening giler..ada gak terkantoi meniru..jawapan sama..hahaha…

Benda paling aku tak suka: masa time foundation matrix dulu.ya tuhan je tahu..sibuk giler…masa terhad..memandangkan aku ambik matrix selama 10 bulan jer..pembelajaran terpaksa rushing macam enjin turbo..tak sempat lagi nak study benda yang diajar..dah ajar benda baru dah…memang the worst study time in my life..tapi Alhamdulillah..aku lepas jugak sambung degree..hehehe







Time degree:

Benda paling aku suka: time degree paling serasi ngan jiwa aku..i free to do anything what I want..hehehe..nak g kelas ke @ tak nak pegi kelas ke..nak g kelas pakai boxer je ker…tak kisah, tak de orang pun nak ambik tahu pasal kita… “kita adalah kita”..hehehe…time degree gak la banyak program antarabangsa n national level aku terpilih..hehe..sangat22 bermakna dalam hidup aku..hehehe…kawan22 n geng22 aku plak spoting giler ah….(persanda geng n brunsfield geng)..ehehe.

Benda paling aku tak suka:time degree level..tiap22 minggu aku kena submit assigmnet n lab report…tiap22 minggu buat same thing…macam budu jer ….kelas rushing macam kereta Ferrari memecut…tak tahu aper22 aku study…memang aku tak suka..pastu plak university aku ni,cuti nyer kurang…asyik study jer..cuti nyer ntah kemana..mamat bangla keja stesen minyak pun ada cuti panjang…memang tension habis.adus…tapi paper pun.memang aku enjoy ngan kewawan aku.ehhehee


----à kehidupan aku n korang masih panjang dihadapan..aku harap..kita sentiasa tabah mengharungi cabaran n dugaan hidup dengan lebih kuat n lebih matang untuk mengapai kebahagiaan dunia…ingatlah!!! Akhirat jua lah yang kekal abadi…perbanyakkan ilmu.perkuatkan amalam sebagai bekalan menjamin kebahagiaan di sana..heheehe...

Thursday, March 3, 2011

Sweet memory GROUP RAZI BBM 2008/2011


sahabat..bila kau letih & hilang semangat,TUHAN tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya..bila tangisanmu berpanjangan & hatimu dalam kedukaan, TUHAN telah mengira titisan air matamu..bila kau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,TUHAN setia di sisimu...

bila kau telah cuba segalanya tapi tak tahu tujuan,TUHAN jalan penyelesaiannya..bila tak ada yang bererti buatmu,keliru & kecewa,TUHAN adalah jawapannya...mengenali seseorang kekadang membuatkan kita " ketawa" mengenali seseorang juga kekadang membuat kita"mengalir air mata" tetapi ketahuilah dari kita mengenali seseorang dapat memberi kita sejuta rasa..

Ada kalanya marah,sedih,gembira,sayang dan rindu...sedarkah kita dengan mengenali seseorang itu adalah anugerah biarpun hadirnya seketika dan walaupun sekadar teman biasa..kerana melaluinya kita akan mengenal apa itu erti pertemuan..syukurilah walaupun terluka…

Teruskan perjuangan wahai teman seangkatan ku…niatkan dalam hati bahawa,pencarian ilmu bukan hanya bernoktah disini,tapi perjuangan kita masih jauh nun dihadapan..berhubunglah sesame kita untuk pertalian persahabatan selamanya..

Vote for JULIA..hehee

Sweet memory GROUP RAZI BBMS 2008/2011…

Thursday, February 24, 2011

Betul ker Pelajar Mesia Bodoh????

Memang betul la orang cakap..bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian..usaha sepahit hempedu,kejayaan kemanis madu..haha.. banyak cabaran yang perlu AKU n KORANG lalui n perlu ditempuhi untuk capai aper yang aku n korang idamkan dalam hidup aku terutamanyer study..

Cakap jer pasal study ni memang sebaya usia aku ni memang duk kalut study…satu petang tue,aku makan ngan sorang mamat ni..banyak22 benda yang di cakap kan ..ada satu ayat agak tersentuh hatiku..menyentap pemikiran aku untuk berfikir… ko tahu DUE,pelajar mesia ni bodoh”…aku agak terkejut ngan statement dia n aku tanyer mamat ni cz aku pun student,it’s I’m stupid???..aku nak tahu naper dikatakan bodoh...”naper plak diorang bodoh bro??”….dia terus jawab..tak semua student bodoh tapi kebanyakan nya bodoh cz tak ambik peluang aper yang di beri,cuba ko tengok DUE ,kat rantau asia tenggara ni,aku rasa kerajaan Mesia jer kot yang spend a lot of money in education field dengan bagi loan pendidikannyer,biasiswa dalam Negara n also luar Negara untuk rakyatnya (bukan promote politik yer..hehe)…tapi cuba ko tengok anak22 muda sekarang..aper dah jadi???aku percaya yang buang bayi tue..bukan nyer mak budak yang berumur 40 tahun..yang merempit tue bukan mamat berumur 45 tahun..tapi kebanyakan of them student..langsung tak ambik peluang yang diberikan untuk majukan diri…



Bila pemikiran aku tercetus dengan kata22 mamat ni..aku mula berfikir..betul pun aper yang mamat tue cakapkan..aku teringat time aku buat “research” kat INDONESIA dulu..aku tengok diorang nak study pun susah cz tak de duit..terpaksa jual tanah,buat part time kerja,terpaksa berhenti study cz bagi kat adik2 yang agak menyerlah dalam pembelajaran(kiranyer abang berkorban untuk bagi adik study)…sebab tue aku tengok diorang,memang hargai giler waktu study…masa aku kat UNIVERSITY OF GADJA MADA di JOGJAYARTA..memang respect giler ah kat student diorang..ada masa free jer,lepak ngan kawan sambil discuss pasal study…tahu kenaper diorng jadi camni??? Cz diorang hargai aper yang ada cz nak dapt pun susah...kalau kat mesia…lepak ngan kawan kat kedai mamak then mengumpat..laki pompuan beradu asmara kat kedai mamak(bodoh punya olang)..ada tue aku tengok,pompuan duk picit jerawat laki..bodoh betul la..tak tahu malu giler……

Aku sebenarnyer tak nak membebel banyak22.tapi sekadar untuk bagi tahu korang aper yang aku ingin perkatakan..then korang pikir sendiri n nilai sendiri….bagi aku..grab lah opportunity yang biderikan tatkala peluang masih ada…aku still lagi teringat kata22 pak sedara aku(PAK SU).. “korang study la sungguh2,jangan jadi macam pak su ni..meniaga ikan jer..dulu,time orang gi sekolah,aku penyorok dalam tong drum..malas nak study..tapi sekarang menyesal tak sudah,aper boleh buat..korang fikir la yer..korang ada pikiran,pikirlah sendiri”…..

So,sekarang ni…yang maner study..study betul22..yang maner ada azam nak study..kuatkan azam untuk study..sebab yang boleh membantu kita @ mengubah nasib kita adalah ilmu..bukan duit n harta benda…grab opportunity given to you..

??????